Minuman Kolagen Untuk Kulit Yang Anjal Dan Berseri
KETERANGAN
Cintailah Kulit Anda……Kerana Anda Berada Di Dalamnya.
LADYDREAMER
LadyDreamer ialah Minuman Kecantikan Premium terbaru. Ia menjadikan kulit anjal dan berseri-seri dalam masa yang amat singkat!!!
Minuman kolagen LadyDreamer mengandungi semua khasiat yang diperlukan untuk kecantikan kulit. LadyDreamer menggunakan Kolagen bermolekul rendah, iaitu kolagen yang begitu mudah menyerap ke dalam kulit. Digandingkan bersama dengan CoEnzyme Q10, iaitu nutrisi penting yang menjadikan sel kulit lebih sihat dan bertenaga.
LadyDreamer menjadikan kulit lebih anjal, berseri dan lembut dengan segera. Setiap kotak yang mengandungi 7 botol adalah cukup untuk keperluan semua nutrisi yang diperlukan kulit untuk 3 minggu.
LadyDreamer, satu-satunya minuman Kolagen Molikul Kecil yang digabungkan dengan CoEnzyme Q10 adalah amat berkesan untuk melambatkan proses penuaan dan mengekalkan kulit supaya sentiasa segar dan berseri.
CARA GUNA
Pengguna Kali Pertama:
Minum 1 botol setiap malam sebelum tidur selama 7 malam.
Pengguna Ulangan:
Minum 1 botol setiap 2-3 malam sebelum tidur
FAKTA SUPPLEMENT
KOLAGEN
Kulit Sihat & Cantik.
Sememangnya semua mengetahui bahawa Kolagen amat diperlukan untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Kulit yang anjal, berseri dan segar dapat dihasilkan dengan mengambil protin yang dikenali sebagai “kolagen”. Kolagen terdapat dalam tulang, gigi dan otot-otot kita dan menjadi pemangkin aktiviti-aktiviti sel. Walau bagaimanapun hampir 70% daripada kolagen terdapat dalam kulit kita. Fungsi utama kolagen ialah mengawal badan dan organ kita disamping menambah kekuatan tisu-tisu.
Kulit Berkedut dan Kusam.
Kajian terkini telah membuktikan bahawa kita mula kehilangan kolagen seawal umur dua puluhan lagi. Garis-garis halus yang mula timbul dikeliling mata disebabkan permukaan kulit yang kering. Garis yang lebih dalam di sudut mata dan mulut pula disebabkan ketidak seimbangan kolagen yang serius.
KOLAGEN BERMOLEKUL HALUS
Kolagen “Aqueous Marine” dalam LadyDreamer ialah kolagen yang bermolekul halus yang larut sepenuhnya (100%) dalam air dan dapat diserapkan dengan sempurna. Manakala kolagen biasa mempunyai stuktur molekular tinggi yang tidak larut sepenuhnya dan agak sukar untuk diserap oleh badan manusia.
Kolagen dalam LadyDreamer telah melalui proses ‘enzymatic hydrolyze’ untuk merungkaikan molekul yang besar menjadikannya lebih halus. Ia menjadikan molekul kolagen tersebut mudah larut kerana kadar keberatan molekularnya menjadi ringan.
Kolagen adalah produk yang sangat popular masa kini. Terdapat banyak kolagen dalam pasaran yang sesetengahnya dikatakan mempunyai konsentrasi yang tinggi. Walau bagaimanapun, kadar penyerapan kolagen tersebut adalah rendah.
Kita sebenarnya memerlukan kolagen yang mudah larut dan mempunyai kadar penyerapan tinggi untuk mendapat kesan yang maksimum. Lagipun kita tidak memerlukan kolagen yang mempunyai konsentrasi yang terlalu tinggi kerana kita hanya memerlukan kolagen tambahan setiap 3 hari sekali untuk menampung kolagen yang susut daripada badan. Konsentrasi LadyDreamer telah disesuaikan khusus dengan keperluan wanita masa kini.
CO ENZYME Q10.
CoEnzyme Q10 kadang-kadang dikenali sebagai “pengukur hayat” kerana parasnya dalam badan begitu berkait rapat dengan usia. Bagi kebanyakan orang yang berusia 25 tahun ke atas, paras CoEnzyme Q10 dalam kulit adalah di bawah paras optimun. Ini menyebabkan keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen, elastin dan molekul-molekul penting lain akan berkurang. Jadi, suplemen tambahan untuk penjagaan kulit amatlah penting. Ini disokong oleh Pusat Kajian Kosmetik Jepun yang telah menerbitkan hasil kajiannya bahawa kulit akan kekal cerah berseri jika mendapat suplemen CoEnzymeQ10.
Badan kita menggunakan CoEnzyme Q10 untuk menghasilkan ATP (adenosine triposphate) iaitu tenaga yang diperlukan oleh sel untuk berfungsi dan kekal sihat. ATP tidak boleh dihasilkan tanpa CoEnzyme Q10. CoEnzymeQ10 juga merupakan “anti-oxidant” yang kuat yang dapat memusnahkan radical bebas (free radicals). Radikal bebas ini jika tidak dikawal akan merosakkan DNA dalam sel badan kita.
LadyDreamer, satu-satunya minuman Kolagen Molekul Kecil yang digabungkan dengan CoEnzyme Q10 adalah amat berkesan untuk melambatkan proses penuaan, melindungi sel kulit dan kolagen daripada musnah akibat oxidasi, meningkatkan tenaga sel dan menggalakkan metabolisma kulit. Ini dapat mengurangkan atau melambatkan kedut, selulit, urat-timbul, tumpuk usia dan kesan lebam serta mengekalkan kulit supaya sentiasa segar dan berseri.
VITAMIN E
Ia berfungsi sebagai perisai yang memberi perlindungan berterusan kepada kulit daripada kesan kerosakan yang berlaku akibat oxidasi.
VITAMIN C
Berperanan penting untuk mengurangkan kesan kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga menjadi pelindung kepada cahaya ultra-violet. Disamping itu, Vitamin C menggalakkan sintesis Kolagen.
HARGA
Harga jualan Semenanjung / Sabah & Sarawak
Semenanjung RM238.00
Sabah & Sarawak RM262.00